Google Maps Live View Kini Tersedia Di Kebanyakan Telefon Android Dan iOS Comments Off on Google Maps Live View Kini Tersedia Di Kebanyakan Telefon Android Dan iOS 474

Semasa pelancaran Pixel 3, Google telah memperkenalkan ciri AR pada Google Maps yang dinamakan Live View. Ia merupakan fungsi realiti tambahan yang mana membantu pengguna menunjukkan arah ke lokasi yang ingin dituju.

Terbaru, ciri tersebut dilaporkan bakal tersedia di lebih banyak peranti selain Pixel yakni telefon pintar iOS dan Android. Semua peranti yang menyokong ARCore atau ARKit pada iPhone kini berupaya menjalankan fungsi tersebut.

Fungsi ini boleh digunakan apabila pengguna memilih kaedah berjalan kaki menerusi butang pilihan Live View di bahagian bawah skrin aplikasi Google Maps.

Sebaik pengguna tetapkan lokasi yang ingin dituju, Google Maps akan memandu arah kepada anda menerusi kamera belakang menggunakan paparan skrin mengikut masa sebenar.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend