Google Maps Kini Berfungsi Pada Apple CarPlay Menerusi iOS 12 Comments Off on Google Maps Kini Berfungsi Pada Apple CarPlay Menerusi iOS 12 438

Baru semalam pengguna di Malaysia dan global menerima kemas kini iOS 12 pada peranti iPhone dan iPad. Hari ini bagi sesiapa yang menggunakan Apple CarPlay pada paparan infotaiment, Google Maps kini boleh digunakan untuk membantu pemanduan seharian anda.

Menerusi sokongan ini, pengguna kini diberi pilihan untuk menggunakan saluran lain selain Apple Maps sendiri. Apa yang perlu anda lakukan ialah memuat turun Google Maps versi terkini (v5.0) dan semestinya peranti iPhone atau iPad anda juga sudah melakukan kemas kini iOS 12.

Aplikasi ini tidak menyokong bantuan arahan Siri sebaliknya anda boleh gunakan arahan suara menggunakan Voice Search yang terbina-dalam. Memandangkan Google Maps berintegrasi dengan Google Account, jadi anda boleh tetapkan alamat tempat kerja dan alamat tempat tinggal untuk akses pintas sebaik memasuki kenderaan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend