Google Lancar Aplikasi Camera Go Untuk Pemilik Peranti Dengan Sokongan Android Go Comments Off on Google Lancar Aplikasi Camera Go Untuk Pemilik Peranti Dengan Sokongan Android Go

Google kini telah mengumumkan terdapat lebih daripada 100 juta telefon pintar dengan sokongan Android Go yang aktif di seluruh dunia. Angka ini sememangnya sangat baik memandangkan peranti pertama Android Go baru sahaja diperkenalkan kurang tiga tahun lepas.

Ternyata Google komited untuk menjanjikan yang terbaik untuk pemilik peranti Android Go apabila telah melancarkan aplikasi kamera dedikasi iaitu Camera Go.

Antara ciri yang disokong oleh Camera Go termasuklah mod Portrait yang akan menghasilkan efek kabur pada bahagian belakang subjek, dan juga keupayaan untuk memaparkan ruang storan yang telah digunakan oleh pengguna untuk gambar dan juga video.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend