Google Duo Tampil Dengan Fungsi Perkongsian Skrin, Tetapi Ia Dilaporkan Tidak Boleh Digunakan Comments Off on Google Duo Tampil Dengan Fungsi Perkongsian Skrin, Tetapi Ia Dilaporkan Tidak Boleh Digunakan

Hari ini Google telah mula memperkenalkan kemas kini terbaru untuk aplikasi panggilan video yang dibangunkannya iaitu Google Duo dengan membawakan versi 34. Apa yang menariknya tentang kemas kini terbaru ini, ia telah menyokong fungsi perkongsian skrin peranti Android anda dengan si pemanggil.

Fungsi perkongsian skrin yang diperkenalkan pada Google Duo sememangnya menarik tetapi agak mengecewakan kerana ia tidak boleh digunakan.

Untuk mengaktifkan fungsi terbaru ini, anda hanya perlu menekan ikon perkongsian skrin (logo telefon) pada sebelah kiri paparan skrin. Sebaik sahaha ikon ini ditekan, satu tetingkap akan memberitahu bahawa aplikasi Google Duo akan merekod apa jua yang dipaparkan pada skrin telefon. Malah ketika perkongsian skrin berlangsung, anda bebas untuk menghentikan seketika (pause) rakaman skrin ataupun mematikannya.

Ada pengguna yang melaporkan hanya melihat paparan berwarna kelabu apabila fungsi ini diaktifkan.

Sememangnya fungsi perkongsian skrin ini dirasakan sangat menarik, cuma apa yang mengecewakan adalah fungsi ini sebenarnya tidak beroperasi seperti sepatutnya. Berdasarkan laporan daripada pengguna yang mencuba fungsi ini, ada yang hanya menerima imej statik paparan skrin si penghantar dan ada juga yang sekadar melihat paparan berwarna kelabu pada skrin mereka.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend