Google Dipercayai Merancang Untuk Kembali Memperkenalkan Enjin Carian Yang Ditapis Ketat Di China Comments Off on Google Dipercayai Merancang Untuk Kembali Memperkenalkan Enjin Carian Yang Ditapis Ketat Di China

Google sebelum ini pernah menawarkan versi enjin carian yang ditapis di China pada tahun 2006 hingga tahun 2010, sebelum perkhidmatan itu ditarik semula atas kritik hebat yang diterimanya daripada ahli politik di Amerika Syarikat. Ini kerana Google dikatakan terlalu mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan China.

Di China enjin carian Google telah disekat dari diakses pada komputer, tablet dan juga telefon pintar.

Namun menurut dokumen dalaman yang telah dikongsikan oleh The Intercept baru-baru ini, Google dipercayai sedang membangunkan enjin carian versi yang ditapis ketat, di bawah nama kod ‘Dragonfly’ sejak tahun 2017. Menurut laporan yang dikongsikan, enjin carian ini telah dibangunkan untuk aplikasi mudah alih Android.

Pengguna di China kini telah menggunakan enjin carian tempatan iaitu Baidu yang sememangnya sangat popular di sana.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat, enjin carian yang ditapis di China ini akan menyenarai hitamkan pertanyaan yang sensitif dan menghalang akses ke semua laman web yang telah disekat oleh kerajaan China. Malah sekatan ini diperluaskan lagi pada carian imej, semakan ejaan, dan juga fungsi carian yang dicadangkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend