Google Dijangka Akan Mengalami Kerugian Tahunan Cecah RM1.78 Bilion Setahun Berikutan Sekatan Terhadap Huawei Comments Off on Google Dijangka Akan Mengalami Kerugian Tahunan Cecah RM1.78 Bilion Setahun Berikutan Sekatan Terhadap Huawei

Seperti yang telah kami kongsikan dalam artikel sebelum ini, Huawei sudahpun mendaftar tanda dagangan di Eropah untuk nama sistem operasi yang telah dibangunkannya iaitu ‘ARK OS’. Keputusan ini terpaksa diambil oleh Huawei berikutan sekatan perdagangan yang telah dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap jenama yang berasal dari China ini.

Ternyata tindakan yang diambil oleh Donald Trump ini bukan sahaja memberi kesan kepada Huawei, tetapi dalam masa yang sama ia turut memberi tempias besar terhadap Google pada masa akan datang.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan oleh stocknews, penganalisa Mark Kelley dari Nomura Instinet telah meramalkan bahawa Google akan mengalami kerugian tahunan antara USD375 juta (kira-kira RM1.57 bilion) hingga USD425 juta (kira-kira RM1.78 bilion). Menurut analisa itu, kerugian ini berpunca daripada sekatan aplikasi Google Play Store pada peranti Huawei yang kini memiliki lebih daripada 500 juta pengguna global.

sumber

Baca juga:

Sistem Operasi Yang Dibangunkan Oleh Huawei Mungkin Akan Dikenali Sebagai ‘Ark OS’

Sistem Operasi Huawei Dipercayai 60% Lebih Pantas Berbanding Android Dan Akan Diperkenalkan Dalam Versi China Dan Global

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend