Google Camera 6.2 Hadir Dengan Fungsi Pengecaman Ciuman Pada Pixel 3 Comments Off on Google Camera 6.2 Hadir Dengan Fungsi Pengecaman Ciuman Pada Pixel 3

Google Pixel boleh dianggap antara telefon pintar yang mampu menghasilkan kualiti gambar terbaik, terutamanya untuk mod HDR dan juga mod Night Sight. Walaupun masih lagi mengekalkan sokongan satu lensa, Google Pixel berjaya menghasilkan gambar berkualiti melalui perisian kameranya.

Menariknya baru-baru ini Google telah memperkenalkan satu lagi ciri baharu untuk Pixel 3 dengan penawaran fungsi pengecaman ciuman pada mod Photobooth. Dengan menggunakan bantuan AI dan juga pembelajaran mesin, ia mampu mengenal pasti sekiranya individu di dalam gambar membuka mata ataupun membuat mimik muka untuk pengambilan gambar secara automatik.

Kini anda tidak lagi perlu melihat ke arah kamera untuk pengambilan gambar secara automatik. (kredit gambar: the verge)

Sokongan fungsi pengecaman ciuman ini dikatakan mampu memastikan individu di dalam gambar itu tidak lagi perlu memandang ke arah kamera ataupun perlu membuka mata untuk mengambil gambar. Melalui algoritma yang digunakan, pengambilan gambar secara automatik itu akan kelihatan lebih asli.

Untuk menggunakan mod ini, pemilik Google Pixel 3 perlulah menggunakan Google Camera versi 6.2, hidupkan mod Photobooth, dan secara automatik fungsi itu akan diaktifkan untuk pengambilan gambar automatik.

Muat turun aplikasi GCam 6.2:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend