Google Bercadang Untuk Menjual Kunci Keselamatan Bagi Mengelakkan Masalah Kecurian Akaun Comments Off on Google Bercadang Untuk Menjual Kunci Keselamatan Bagi Mengelakkan Masalah Kecurian Akaun

Masalah kecurian akaun sering terjadi berikutan keupayaan pihak tidak bertanggungjawab atau penggodam untuk mendapatkan kata laluan yang telah ditetapkan. Perkara ini sememangnya berisiko sekiranya terjadi kerana kata laluan asal yang telah ditetapkan sebelum ini akan diubah,sekaligus menyebabkan kita tidak lagi memiliki akses ke atas akaun tersebut.

Selain Google, sudah terdapat banyak jenama kunci keselamatan yang terjual di pasaran.

Berikutan risiko ini, Google dilaporkan telah bercadang untuk menjual kunci keselamatan yang perlu dipasangkan (plug-in) pada komputer bagi mengatasi permasalahan berhubung kecurian akaun ini. Kunci keselamatan yang hadir dalam bentuk mirip seperti pemacu memori USB ini akan dilengkapi dengan kunci penyulitan yang unik ini untuk peranti anda.

Sokongan kunci keselamatan Google mampu menyekat akses akaun oleh individu yang tidak dikenali.

Sebagai contoh, sekiranya terdapat penjenayah yang berjaya membeli kata laluan melalui dark web, mereka tidak boleh mengakses akaun tersebut kerana ia memerlukan kunci keselamatan untuk digunakan bersama-sama dengan kata laluan tersebut. Google dikatakan akan mula menjual kunci keselamatan ini di Google Store, tetapi buat masa ini harganya masih lagi belum didedahkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend