Google Batal Acara Fizikal Google I/O 2020 Pada Bulan Mei Ini, Digantikan Dengan Penstriman Langsung Comments Off on Google Batal Acara Fizikal Google I/O 2020 Pada Bulan Mei Ini, Digantikan Dengan Penstriman Langsung

Pada setiap tahun Google akan menganjurkan acara Google I/O, dan untuk tahun ini ia telah dijadualkan akan berlangsung pada 12 hingga 14 Mei 2020 nanti. Sebagaimana tahun lepas, Google bakal melangsungkan acara tahunannya itu di Shoreline Amphitheatre, California.

Melalui pengumuman terbaharu yang dikongsikan oleh Google, acara fizikal Google I/O pada tahun ini terpaksa dibatalkan bagi mengikuti garis panduan kesihatan yang telah ditetapkan oleh pihak CDC dan WHO berikutan isu COVID-19.

Google walau bagaimanapun akan membuat pembayaran penuh bagi setiap tiket yang telah dibeli pada 13 Mac 2020 nanti. Pengunjung yang telah berdaftar untuk I/O 2020 juga turut diberi pilihan untuk terus membuat pembelian tiket untuk acara I/O 2021 nanti.

Sungguhpun begitu Google akan masih meneruskan acara Google I/O 2020 ini seperti biasa, tetapi ia akan hanya dibuat melalui kaedah penstriman langsung sahaja.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend