Google Bakal Perkenal Model Pixel Lebih Mesra Poket Sekitar Bulan Julai Atau Ogos Nanti Comments Off on Google Bakal Perkenal Model Pixel Lebih Mesra Poket Sekitar Bulan Julai Atau Ogos Nanti

Apabila Google memperkenalkan siri Nexus sebelum ini, kebiasaannya kita dapat lihat dua model akan diperkenalkan secara serentak dan kedua-dua model itu disasarkan untuk segmen pasaran yang berbeza. Sebagai contoh, model terakhir Nexus yang diperkenalkan oleh Google pada tahun 2015 dulu menyaksikan Nexus 6P untuk pasaran flagship, manakala model Nexus 5X pula disasarkan untuk segmen pasaran kelas pertengahan.

Namun selepas digantikan dengan siri Pixel, harga jualannya dilihat agak tinggi berbanding harga jualan Nexus sebelum ini. Tetapi berdasarkan kepada perkongsian dari PocketNow, Google dikatakan akan memperkenalkan model Pixel terbaru yang akan memfokuskan kepada tawaran harga yang lebih mampu milik.

Nexus 5X dan Nexus 6P merupakan siri terakhir dari Nexus sebelum digantikan dengan siri Pixel.

Walaupun tidak didedahkan anggaran harga jualan untuk model Pixel mampu milik ini, ia dipercayai akan mula diperkenalkan di pasaran antara bulan Julai atau Ogos 2018 nanti. Berdasarkan laporan itu juga, Pixel yang lebih mesra poket ini akan dijual di negara yang sedang membangun seperti di India.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend