Google Akan Menyingkirkan Aplikasi Di Play Store Yang Melanggar Kebenaran SMS Dan Log Panggilan Comments Off on Google Akan Menyingkirkan Aplikasi Di Play Store Yang Melanggar Kebenaran SMS Dan Log Panggilan

Pada Oktober 2018 yang lepas Google telah mengumumkan ‘Project Strobe’ yang diperkenalkan untuk mengehadkan akses data pengguna Android oleh pihak ketiga. Bahkan melalui inisiatif tersebut, Google telah berjaya menemui isu privasi pada Google+ yang sekaligus telah mendorong mereka untuk menamatkan perkhidmatan rangkaian sosial tersebut.

Baru-baru ini Google telah mengumumkan untuk menyingkirkan aplikasi pihak ketiga di Play Store yang didapati melanggar kebenaran akses terhadap SMS dan juga log panggilan peranti Android. Menurut Google lagi, pembangun aplikasi Android telah dihubungi melalui emel sejak Oktober tahun lepas dan mereka telah diberi selama 90 hari untuk memastikan mematuhi syarat daripada Google ataupun mendapatkan pengecualian.

Setakat ini puluhan ribu pembangun aplikasi pihak ketiga telah mengemaskini aplikasi mereka untuk mengikuti dasar baru yang telah ditetapkan oleh Google.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend