Google Akan Menghentikan Perkhidmatan Untuk Memendekkan URL Goo.gl Bermula 13 April Ini Comments Off on Google Akan Menghentikan Perkhidmatan Untuk Memendekkan URL Goo.gl Bermula 13 April Ini 393

Apabila anda hendak berkongsi satu pautan dengan alamat URL yang panjang lebar, Google ada menawarkan perkhidmatan untuk anda memendekkan URL tersebut dengan hanya satu klik sahaja. Penggunaan URL yang lebih pendek bukan sahaja kelihatan lebih kemas, tetapi ia juga sebenarnya sesuatu yang penting kerana terdapat media sosial seperti Twitter yang memiliki sokongan karakter yang terhad.

Sejak diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2009, kini Google telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan perkhidmatan untuk memendekkan URL iaitu goo.gl bermula 13 April ini. Walau bagaimanapun, melalui kenyataan yang dibuat di blog Google Developers, pengguna tidak perlu khuatir kerana pautan yang telah dipendekkan menggunakan goo.gl sebelum ini akan masih berfungsi seperti biasa.

Malah Google turut menyarankan kepada pengguna untuk beralih ke perkhidmatan alternatif sedia ada seperti Bitly ataupun Ow.ly selepas goo.gl dihentikan perkhidmatannya nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend