Google Akan Memperkenalkan Sesuatu Pada 7 Mei – Mungkin Pixel 3a Dan Pixel 3a XL Comments Off on Google Akan Memperkenalkan Sesuatu Pada 7 Mei – Mungkin Pixel 3a Dan Pixel 3a XL 262

Bulan hadapan beberapa peranti mercu akan dilancarkan antaranya seperti OnePlus 7 pada 14 Mei, diikuti siri ASUS ZenFone 6 pada 16 Mei, dan siri Honor 20 pada 21 Mei. Bagaimanapun, Google tidak terkecuali kerana dikatakan mereka akan melancarkan sesuatu tidak lama lagi.

Terbaru, Google telah mengacah untuk memperkenalkan telefon pintar berkemungkinan Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL pada 7 Mei depan. Ia tidak mengejutkan kerana sebelum ini maklumat mengenai peranti telah tertiris lebih awal di laman sesawang Google Store.

Pixel 3a dan Pixel 3a XL merupakan peranti kelas pertengahan yang telah menerima pengesahan daripada IMDA (Lembaga Pembangunan Media Maklumat-Komunikasi) Singapura. Spesifikasinya pula menawarkan skrin bersaiz 5.6-inci dan 6-inci, kedua-duanya beresolusi FHD+. Peranti ini akan dijana cipset kelas pertengahan daripada Qualcomm dan pastinya dijana sistem operasi Android Pie terbaru.

Daripada segi harga, ia dikhabarkan lebih murah serta mampu milik berbanding abangnya Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend