Goodix Mula Mengedar ‘Optical In-Display Fingerprint Sensor’ Untuk Telefon Pintar Dengan Paparan 18:9 Atau 20:9 Comments Off on Goodix Mula Mengedar ‘Optical In-Display Fingerprint Sensor’ Untuk Telefon Pintar Dengan Paparan 18:9 Atau 20:9

Semakin hari semakin besar paparan skrin yang disokong oleh telefon pintar sehinggakan tiada ruang untuk pengeluar menempatkan sensor pengimbas cap jari pada panel depan skrin peranti tersebut. Disebabkan batasan yang ada, Synaptics sebelum ini pernah memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari pada skrin pertama keluarannya untuk model vivo X20 Plus UD pada Januari 2018 yang lalu.

Menyedari akan potensi dan juga trend terhadap penggunaan sensor pengimbas cap jari pada skrin, Goodix yang merupakan salah satu daripada pembekal sensor pengimbas cap jari yang terbesar di pasaran, telah mula mengedar produk terbarunya iaitu ‘Optical In-Display Fingerprint Sensor’ untuk telefon pintar yang hadir dengan sokongan skrin AMOLED dengan permukaan rata ataupun fleksibel.

Memandangkan kedudukan sensor ini terletak 1.6mm di bawah paparan skrin, ia mampu membaca cap jari melalui piksel OLED itu sendiri. Walaupun saiz sensor ‘Optical In-Display Fingerprint Sensor’ itu tidak didedahkan, Goodix mendakwa ia mempunyai kurang daripada 0.002% kadar penerimaan palsu serta kurang daripada 2% kadar penolakan.

Setakat ini sensor pengimbas cap jari pada skrin yang diperkenalkan oleh Goodix ini sudahpun mula digunakan pada dua model telefon pintar terbaru di pasaran iaitu vivo X21 UD dan juga Porsche Design Huawei Mate RS.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend