Gmail Untuk Laman Web Akan Menerima Antaramuka Baharu Dengan Fungsi Lebih Baik Comments Off on Gmail Untuk Laman Web Akan Menerima Antaramuka Baharu Dengan Fungsi Lebih Baik

Jika sebelum ini Google telah memperbaharui antaramuka Google Calendar untuk laman web, kini blog Android Authority telah mendedahkan Gmail untuk laman web juga akan turut menerima sentuhan baharu pada antaramukanya.

Antaramuka baharu Gmail. (kredit gambar: Android Authority)

Sebaik sahaja mereka membuat pendedahan tersebut, ada sumber yang boleh dipercayai telah berkongsi rekaan awal antaramuka Gmail yang diakses melalui laman web. Berdasarkan perkongsian itu, antaramuka Gmail untuk laman web ini dilihat lebih segar dan dalam masa yang sama turut didatangkan dengan fungsi baharu yang lebih baik seperti smart replies dan juga email snoozing.

Fungsi Smart Reply yang diperbaharui. (kredit gambar: Android Authority)

Lebih menariknya, Gmail untuk laman web ini juga dikatakan akan turut menyokong bar pada bahagian tepi yang membolehkan pengguna untuk mengakses plugins untuk aplikasi Google yang lain seperti Calendar, Keep, dan juga Tasks.

Gmail baharu ini turut menyokong plugin Google Task. (kredit gambar: Android Authority)

Setakat ini tidak dapat disahkan lagi bila versi terbaru Gmail untuk laman web ini akan dilancarkan, tetapi menurut khabar angin yang diterima Google akan mula membuka saluran beta tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend