Giphy Kini Kembali Boleh Digunakan Pada Instagram Dan Snapchat Selepas Isu Stiker Perkauman Berjaya Diselesaikan Comments Off on Giphy Kini Kembali Boleh Digunakan Pada Instagram Dan Snapchat Selepas Isu Stiker Perkauman Berjaya Diselesaikan

Rata-rata pengguna di media sosial dilihat kerap menggunakan ciri perkongsian GIF dan ia menjadi satu trend pada masa kini. Malah pada minggu lepas juga Google telah bersetuju untuk membeli aplikasi perkongsian GIF iaitu Tenor kerana popularitinya.

Namun begitu, perkongsian GIF ini adakalanya boleh mencetuskan kontroversi sebagai mana yang terjadi pada aplikasi Instagram dan Snapchat sehingga menyebabkan perkhidmatan Giphy pada kedua-dua media sosial itu dihentikan buat sementara waktu. Kontroversi ini tercetus selepas hasil carian untuk perkataan ‘crime’ telah memaparkan stiker GIF dengan kandungan yang berunsurkan perkauman.

Hasil carian stiker GIF pada Giphy kini tidak lagi memaparkan kandungan berunsurkan perkauman.

Kini integrasi untuk stiker GIF yang ditawarkan oleh Giphy pada Instagram dan Snapchat telah boleh digunakan selepas pihak Giphy telah berjaya mengatasi isu tersebut dengan membuat penapisan kandungan yang lebih menyeluruh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend