Giliran Snapchat Tiru Instagram Pulak Comments Off on Giliran Snapchat Tiru Instagram Pulak

Budaya tiru-meniru ni dah semakin menjadi kebiasaan di dalam dunia teknologi. Baik dari pengeluar peranti fizikal mahupun syarikat pembangun perisian. Instagram merupakan salah satu platform yang dikatakan kerap meniru features aplikasi lain, terutamanya features dari Snapchat.

Kali ni lain pulak ceritanya, dah terbalik pulak. Snapchat dilaporkan akan membawa masuk fungsi tagging pada post yang dilakukan pengguna. Fungsi ini sama sahaja dengan apa yang kita sudah lihat pada Instagram Stories. Beberapa pengguna melaporkan yang mereka sudah pun mendapat fungsi ini dan berasa ia merupakan salah satu idea yang bagus.

Kebelakangan ini Snapchat dituduh tidak proaktif dan ketinggalan berbanding platform sosial lain. Mungkin dah tiba masanya kot mereka mula meniru fungsi-fungsi yang sudah sedia ada di dalam pasaran dan memberikan apa yang dimahukan pengguna.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend