Giliran Siri Huawei P20 Pula Menerima Teknologi GPU Turbo Dalam Versi Beta Comments Off on Giliran Siri Huawei P20 Pula Menerima Teknologi GPU Turbo Dalam Versi Beta

Huawei sebelum ini telah memperkenalkan teknologi GPU Turbo yang mampu menjanjikan prestasi yang lebih baik dan dalam masa yang sama lebih efisien tenaga ketika bermain permainan mudah alih (klik sini untuk penerangan lebih lanjut). Teknologi terbaru ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada model honor Play dan honor 9i, sebelum versi beta diumumkan untuk honor 10 sebelum ini.

Baru-baru ini Huawei telah mengumumkan giliran siri Huawei P20 pula menerima teknologi GPU Turbo dalam versi beta. Sama seperti penguji beta untuk honor 10, Huawei hanya memerlukan seramai 2,000 penguji beta untuk model P20 dan 2,000 lagi penguji beta untuk model P20 Pro.

Untuk menjadi salah seorang penguji GPU Turbo versi beta bertuah, peranti mereka perlulah dioperasikan dengan versi 8.1.0.123 dan ke atas. Namun begitu, ia hanya terbuka untuk pemilik P20 dan P20 Pro untuk negara terpilih sahaja buat masa ini dengan model seperti berikut:

  • Huawei P20 – EML-AL00, EML-TL00
  • Huawei P20 Pro – CLT-AL00, CLT-AL01, CLT-TL00, CLT-TL01
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend