Giliran HUAWEI P10 Dan P10 Plus Pula Menerima Kemas Kini Rasmi EMUI 9.1 Bermula Hari Ini Comments Off on Giliran HUAWEI P10 Dan P10 Plus Pula Menerima Kemas Kini Rasmi EMUI 9.1 Bermula Hari Ini 319

[Kemas kini artikel: Melalui aplikasi HiCare, penerimaan kemas kini untuk model HUAWEI P10 dan Nova 4e/P30 Lite telah ditunda ke pertengahan bulan Ogos 2019 nanti. Setakat ini tiada tarikh spesifik dikongsikan secara rasmi]

Berdasarkan pendedahan rasmi yang telah dikongsikan oleh HUAWEI Malaysia, hari ini (1 Ogos 2019) bakal menyaksikan ketersediaan kemas kini EMUI 9.1 untuk dua model yang dilancarkan pada awal tahun 2017 yang lalu iaitu HUAWEI P10 dan juga P10 Plus.

Sama seperti kemas kini rasmi EMUI 9.1 yang diterima oleh peranti HUAWEI terdahulu, ia akan membawakan sejumlah ciri-ciri baharu dan juga penambahbaikan termasuklah sistem fail EROFS, GPU Turbo 3.0, HUAWEI Vlog, HUAWEI Share OneHop, nada dering video dan banyak lagi.

Senarai Penuh 11 Peranti HUAWEI Yang Akan Terima Kemas Kini EMUI 9.1 Bermula 26 Julai Hingga 1 Ogos

Bagi memeriksa sama ada peranti anda telah menerima kemas kini ataupun tidak, pastikan aplikasi HiCare anda telah dikemaskinikan ke versi terbaru dan notifikasi kemas kini boleh diperiksa melalui menu Update pada aplikasi tersebut. Memandangkan ketersediaan kemas kini diberikan secara berperingkat-peringkat, penerimaannya mungkin tidak sama untuk setiap peranti.

Perhatian:
Sekiranya peranti anda berhadapan dengan sebarang isu selepas peranti telah dikemaskinikan ke EMUI 9.1, anda disarankan untuk menjalankan proses ‘Wipe Cache Partition’ seperti berikut:

[Tips] Peranti Huawei Bermasalah Selepas Kemas Kini?! Lakukan Proses ‘Wipe Cache Partition’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend