Gelang Tangan Pintar Huawei Band 3 Pro Dilancarkan Dengan Skrin Sentuh OLED Dan GPS Terbina-Dalam Comments Off on Gelang Tangan Pintar Huawei Band 3 Pro Dilancarkan Dengan Skrin Sentuh OLED Dan GPS Terbina-Dalam

Jika anda kurang menggemari jam tangan pintar, Huawei turut memperkenalkan satu lagi produk menariknya iaitu gelang tangan pintar Huawei Band 3 Pro. Berbeza dengan kebanyakan gelang tangan pintar sedia ada di pasaran yang menyokong paparan skrin jenis monokrom, Honor Band 3 Pro ternyata lebih menonjol kerana hadir dengan skrin sentuh OLED berukuran 0.95 inci (120 x 240 piksel).

Sesuai dengan fungsinya sebagai alat kecergasan, Band 3 Pro turut dilengkapi dengan GPS terbina-dalam yang berupaya memastikan aktiviti kecergasan seperti berlari, berenang, berbasikal, mendaki dan sebagainya boleh dipantau dengan lebih tepat. Bahkan ia juga mampu bertahan lebih 7 jam, walaupun mod GPS digunakan untuk aktiviti maraton penuh.

Huawei Band 3 Pro ini juga turut menyokong ciri kalis air pada kedalaman sehingga 50 meter dan lebih istimewanya ia juga mampu mengenal pasti gaya renangan yang berbeza.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend