Gelang Tangan Pintar Hibrid Huawei TalkBand B5 Dengan Harga Bermula RM599 Akan Dijual Hujung November Comments Off on Gelang Tangan Pintar Hibrid Huawei TalkBand B5 Dengan Harga Bermula RM599 Akan Dijual Hujung November

Jika anda merasakan gelang tangan pintar sudah cukup untuk memenuhi keperluan harian anda yang cukup aktif, Huawei turut menawarkan model terbaharunya iaitu Huawei TalkBand B5 yang baru sahaja dilancarkan pertengahan Oktober yang lalu.

Berbeza dengan kebanyakan gelang tangan pintar sedia ada di pasaran, rekaan hibrid pada TalkBand B5 mampu menjanjikan ciri-ciri yang lebih praktikal. Ini kerana selain menyokong fungsi untuk memantau aktiviti kecergasan, ia juga memudahkan pengguna untuk menjawab panggilan dengan adanya fon telinga terbina-dalam.

Huawei TalkBand B5 juga kini turut menyokong paparan AMOLED yang lebih besar dan terang dari generasi sebelumnya dengan 1.13 inci (300 x 160 piksel) dengan permukaan melengkung 2.5D. Sokongan cipset audio tiga teras juga turut menjanjikan kualiti perbualan yang lebih jelas walaupun dalam persekitaran bising.

Teknologi Huawei TruSeen juga mampu membantu anda untuk memantau kadar degupan jantung pada setiap masa bagi memastikan bacaan yang lebih tepat. Lebih menariknya, TalkBand B5 juga hadir dengan fungsi kawalan kamera bagi memudahkan anda untuk mengambil gambar.

Huawei TalkBand B5 akan diperkenalkan dalam dua model iaitu varian Classic dengan tali jam kulit yang dijual pada harga RM699, dan varian Sport pula berharga RM599 dengan tali jam silikon. Kedua-dua model ini akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula penghujung November nanti.

Huawei TalkBand B5 Classic (kiri) hadir dengan tali jam kulit serta muka jam berwarna keemasan, manakala Huawei TalkBand B5 Sport (kanan) memiliki tali jam silikon dengan muka jam berwarna hitam.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi Huawei Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend