GeekBench Menunjukkan Huawei P Smart 2019 Dijana Android Pie Comments Off on GeekBench Menunjukkan Huawei P Smart 2019 Dijana Android Pie

Huawei P Smart 2019 dikhabarkan akan dilancarkan di Eropah pada Januari tahun hadapan. Sebelum ini juga terdapat maklumat bocor mengenai spesifikasi dan kini ujian penanda aras GeekBench menunjukkan skor prestasi peranti pula.

Berdasarkan data GeekBench, Huawei P Smart 2019 sah akan menggunakan sistem operasi Android Pie. Skor yang diperolehi pula lebih kepada prestasi yang dikuasakan Kirin 710 seperti yang pernah diberitahu sebelum ini. Kod nama POT-LX1 ialah antara dua varian yang bakal diperkenalkan nanti dan yang ini menggunakan memori 3GB RAM.

Huawei P Smart 2019 hadir dengan skrin bertakuk 6.2-inci titisan air, bateri berkapasiti 3,320mAh, dwi kamera utama, serta pengimbas cap jari di panel belakang. Huawei Malaysia juga pernah memaklumkan peranti ini akan dibawa masuk ke Malaysia pada awal tahun hadapan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend