Geekbench Mengesahkan Sokongan 32GB RAM Pada Microsoft Surface Studio 2 Comments Off on Geekbench Mengesahkan Sokongan 32GB RAM Pada Microsoft Surface Studio 2

Dengan paparan skrin sebesar 28 inci, Microsoft Surface Studio merupakan sebuah komputer semua-dalam-satu yang telah diperkenalkan pada tahun 2016. Kini selepas hampir dua tahun, Microsoft telah dilaporkan akan memperkenalkan generasi keduanya dengan penawaran Microsoft Surface Studio 2 yang akan berlangsung pada 2 Oktober nanti.

Melalui pendedahan keputusan skor yang dibuat pada aplikasi penanda aras Geekbench, spesifikasi awal Microsoft Surface Studio 2 telah berjaya didedahkan kepada umum. Ia dipercayai akan menyokong platform Windows 10 Pro (64-bit) dan dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7-7820HQ dengan frekuensi maksimum mencecah 3.89GHz.

Malah Microsoft Surface Studio 2 juga akan menawarkan sokongan kapasiti RAM dua kali ganda lebih besar berbanding generasi pertamanya iaitu 32GB DDR4 SDRAM. Namun begitu, buat masa ini fungsi baharu yang akan disokong oleh komputer semua-dalam-satu ini masih lagi tidak diketahui.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend