Geekbench Dedah Skor Huawei P30 Pro Dengan Sokongan Kirin 980 Dan 8GB RAM Comments Off on Geekbench Dedah Skor Huawei P30 Pro Dengan Sokongan Kirin 980 Dan 8GB RAM

Siri Huawei P30 telah dijadualkan untuk didedahkan secara rasmi kepada umum dalam majlis pelancaran yang akan berlangsung pada 26 Mac ini, dan menariknya @rquandt baru-baru ini telah berkongsi skor yang telah dicatatkan oleh Huawei P30 Pro dalam ujian penanda aras Geekbench.

Hadir dengan nama kod VOG-L29 yang merujuk kepada model Huawei P30 Pro, sebanyak dua ujian berasingan telah dijalankan dan ia dipercayai dilakukan oleh pihak media yang menghadiri sesi taklimat peranti itu. Berdasarkan skor yang dicatatkan, ujian single-core mencatatkan sekitar 3289 poin, manakala untuk ujian multi-core pula ia mencatatkan sekitar 9817 poin.

Keputusan Geekbench ini bukanlah sesuatu yang baru kerana Kirin 980 yang digunakan pada Huawei P30 Pro ini telah menggunakan cipset yang sama seperti siri Mate 20. Bahkan ia turut dilengkapi dengan memori RAM yang agak besar iaitu mencecah 8GB untuk model P30 Pro ini.

Baca juga:

Imej Pengolokan Dan Konfigurasi Awal Kamera Huawei P30 Dan P30 Pro Dikongsikan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend