Geek Fam Mempamerkan Keupayaan Pocophone F1 Sebagai Telefon Pintar Permainan Berprestasi Tinggi – ‘Pocophone Game Night’ Comments Off on Geek Fam Mempamerkan Keupayaan Pocophone F1 Sebagai Telefon Pintar Permainan Berprestasi Tinggi – ‘Pocophone Game Night’

Bagi membuktikan keupayaan prestasi Pocophone F1 sebagai telefon pintar permainan berprestasi tinggi, Xiaomi Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan satu acara istimewa iaitu ‘Pocophone Game Night’. Di dalam acara tersebut, Xiaomi Malaysia turut menjemput Geek Fam yang merupakan salah satu kelab e-sukan terkenal di Malaysia dan juga sebagai duta jenama Pocophone F1.

Acara ‘Pocophone Game Night’ ini telah menyaksikan penglibatan pengamal media tempatan yang telah dibahagikan kepada enam kumpulan berbeza, untuk bertanding dengan pemain profesional, Geek Fam. Pertandingan Mobile Legends yang berlangsung lebih kurang satu jam ini telah menyaksikan pasukan media NTV7 telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang. Sebagai ganjaran, setiap seorang daripada mereka menerima seunit Pocophone F1.

Ditubuhkan pada tahun 2016, Geek Fam merupakan salah satu daripada kelab e-sukan terbesar di negara ini yang terdiri daripada pelbagai pasukan berbeza iaitu DOTA 2, PUBG dan juga Mobile Legends. Kemunculan Geek Fam di dalam arena e-sukan sememangnya menjadi harapan dalam komuniti permainan tanahair, memandangkan dedikasi tinggi mereka dalam industri yang semakin diterima ramai ini.

Pocophone F1 dalam warna Graphite Black dan Steel Blue.

Pocophone F1 kini tersedia dalam dua varian berbeza untuk pasaran tempatan iaitu 6GB + 64GB yang dijual pada harga RM1,299 (eksklusif di Lazada), dan juga 6GB + 128GB pula ditawarkan pada harga RM1,499 (semua Mi Stores). Kedua-dua varian ini boleh dimiliki dalam dua warna pilihan iaitu Graphite Black dan Steel Blue.

Pocophone F1 Kevlar/Armoured Edition.

Manakala Pocophone F1 Kevlar Edition pula kini dijual pada harga RM1,599 dalam kuantiti terhad di Mi Stores terpilih di seluruh negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend