GCHQ Di UK Tubuh Unit Khas Untuk Memeriksa Peralatan Huawei Dan Tiada ‘Backdoor’ Ditemui Comments Off on GCHQ Di UK Tubuh Unit Khas Untuk Memeriksa Peralatan Huawei Dan Tiada ‘Backdoor’ Ditemui

Kontroversi yang melanda Huawei berhubung isu ‘backdoor’ rahsia yang terdapat dalam peranti keluarannya bagi membenarkan kerajaan China untuk mengintip sudah menjadi semakin ‘panas’ sejak kebelakangan ini. Bahkan Malaysia juga telah dilaporkan sedang mengkaji sama ada mahu menghalang pembinaan infrastruktur 5G di negara ini.

Dalam satu acara yang dianjurkan oleh eksekutif telco di UK yang dihadiri oleh panel wartawan tempatan, satu unit khas telah ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) di UK untuk memeriksa sama ada benar dakwaan yang dibuat terhadap Huawei.

Melalui pemeriksaan yang dibuat ke atas peralatan Huawei, unit khas itu telah mengkritik proses kejuruteraan pada peralatan tersebut kerana ia boleh menimbulkan risiko keselamatan siber. Namun begitu, tiada sebarang ‘backdoor’ yang ditemui pada peralatan keluaran Huawei, sebagaimana yang telah didakwa sebelum ini.

Menurut wartawan tempatan di UK, kontroversi ini sengaja dibangkitkan oleh pihak AS disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kebimbangan terhadap taktik perniagaan China yang agresif, dan juga kehadiran rangkaian 5G yang dipercayai akan hadir dengan risiko keselamatan yang baru.

Malah AS juga memiliki objektif utama dalam jangka pendek iaitu untuk menghalang Huawei daripada pasaran peralatan 5G yang sangat menguntungkan. Disebabkan oleh tekanan berterusan yang dilakukan oleh Amerika terhadap rakan-rakan perisikan Five Eyes, ia telah menunjukkan hasil sehinggakan Australia dan New Zealand telah mengharamkan Huawei dalam pasarannya.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend