Gboard Untuk iOS Kini Sokong Respons Haptik Apabila Menaip Dengan Saiz Aplikasi Lebih Kecil Comments Off on Gboard Untuk iOS Kini Sokong Respons Haptik Apabila Menaip Dengan Saiz Aplikasi Lebih Kecil 510

Berbeza dengan papan kekunci pra-pasang pada peranti iOS, aplikasi papan kekunci pihak ketiga iaitu Gboard yang dibangunkan oleh Google memiliki kelebihan kerana memudahkan carian GIF untuk dikongsikan.

Melalui kemas kini terbaharu yang diterima oleh peranti iOS, Gboard kini telah menawarkan beberapa ciri menarik iaitu sokongan respons haptik setiap kali anda menekan butang kekunci ketika menaip. Selain daripada itu, Gboard juga kini telah dioptimakan failnya agar tampil dalam saiz aplikasi yang lebih kecil.

Antara ciri lain untuk Gboard termasuklah tambahan dua lagi bahasa baharu iaitu Lao dan Mongolian.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend