Garmin Venu Dilancarkan Di Malaysia, Jam Tangan Pintar Berharga RM1799 Comments Off on Garmin Venu Dilancarkan Di Malaysia, Jam Tangan Pintar Berharga RM1799 255

Garmin Malaysia hari ini memperkenalkan jam tangan pintar terbaru untuk pasaran tempatan yang dinamakan Garmin Venu. Ia hadir dengan paparan AMOLED serta menyokong ciri Always On Display yang sentiasa memaparkan informasi kepada pengguna.

Bukan itu sahaja, paparan bersaiz 1.2-inci ini juga dilindungi panel Corning Gorilla Glass 3 yang membolehkan ia digunakan untuk aktiviti luar, aktiviti lasak, dan sebagainya. Daripada segi ciri-ciri kecergasan, Venu didatangkan dengan aplikasi pemantauan sukan dan apa yang menarik, skrin jam ini turut menawarkan animasi untuk pelbagai senaman.

This slideshow requires JavaScript.

Menurut Garmin, jam tangan pintar ini menawarkan masa menunggu sehingga 5 hari atau 6 jam untuk kegunaan sepenuhnya pada aplikasi kecergasan dengan sekali pengecasan. Disamping itu, ia juga menyokong storan muzik untuk pengguna menstrim Spotify dan Garmin Pay untuk pembayaran tanpa tunai ketika membeli-belah.

Garmin Venu akan dijual di kedai-kedai wakil penjual sah seluruh negara mulai 9 Oktober 2019 dengan dua pilihan warna iaitu Black with Slate dan Light Sand with Rose Gold pada harga RM1799 seutas. Bagi yang berminat, anda boleh memilikinya melalui kedai rasmi Garmin di Shopee.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend