Gara-gara Mahu Berswafoto, Wanita Ini Diserang Oleh Jaguar Di Zoo Comments Off on Gara-gara Mahu Berswafoto, Wanita Ini Diserang Oleh Jaguar Di Zoo 337

Demi mendapatkan hasil gambar swafoto yang ‘hebat’ ramai di antara pemilik telefon pintar sanggup berbuat apa sahaja tanpa mempedulikan risiko. Bahkan kegilaan terhadap aktiviti swafoto ini adakalanya mengundang padah sehingga menyebabkan kematian.

Baru-baru ini seorang wanita yang telah mengunjungi Wildlife World Zoo, Aquarium & Safari Park di Arizona, Amerika Syarikat telah diserang oleh seekor jaguar yang berada di dalam kandang. Berikutan daripada insiden tersebut, wanita itu telah mengalami kecederaan parah di tangannya.

Jika diikutkan logik pastinya ramai yang terfikir bagaimana wanita ini boleh diserang oleh Jaguar yang berada di dalam kurungan, dan ini semuanya berpunca daripada kesilapan wanita itu sendiri. Hanya kerana mahu mendapatkan gambar swafoto yang lebih dekat dengan jaguar itu, dia telah memanjat penghadang konkrit yang terdapat di depan kandang tersebut.

Disebabkan dia berada terlalu dekat, dua daripada kuku jaguar itu telah berjaya mencangkuk tangan wanita itu dan tidak melepaskannya. Cengkaman kuku itu hanya dilepaskan selepas ibu kepada salah seorang daripada pengunjung di zoo yang merakamkan video kejadian itu telah menggunakan botol air untuk menolak jaguar itu, sekaligus berjaya mengalihkan perhatian haiwan tersebut.

Walaupun si mangsa berterima kasih kepada penyelamatnya, dia bagaimanapun tidak gembira kerana video yang dirakam telah dikongsikan kepada umum.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend