‘Game Case’ Dan ‘Snorkeling Case’ Antara Lapan Sarung Pelindung Eksklusif Untuk Siri HUAWEI P40 Comments Off on ‘Game Case’ Dan ‘Snorkeling Case’ Antara Lapan Sarung Pelindung Eksklusif Untuk Siri HUAWEI P40

Serentak dengan pelancaran siri HUAWEI P40 yang berlangsung semalam, HUAWEI turut memperkenalkan pelbagai pilihan sarung pelindung eksklusif untuk HUAWEI P40, P40 Pro dan juga P40 Pro+.

Berikut adalah lapan pilihan sarung pelindung dengan pelbagai fungsi dan rekaan berbeza yang ditawarkan untuk siri HUAWEI P40:

1. HUAWEI Game Case

Sarung pelindung jenis Game Case ini diperkenalkan eksklusif untuk HUAWEI P40 Pro sahaja. Ia didatangkan dengan sokongan butang bahu kiri dan kanan untuk kawalan permainan yang lebih maksimum.

Dengan menggunakan sambungan Bluetooth, Game Case hadir dengan tekstur 3D bagi memastikan genggaman yang lebih baik. Terdapat dua warna dengan corak berbeza ditawarkan iaitu hitam dan juga kelabu.

  • Kesesuaian model: HUAWEI P40 Pro

2. HUAWEI Snorkeling Case

Bagi pengguna yang ingin menggunakan telefon pintar mereka di dalam air untuk aktiviti menyelam, HUAWEI Snorkeling Case membolehkan siri P40 digunakan pada kedalaman sehingga 10 meter selama 1 jam.

Dilengkapi dengan ciri sambungan automatik, sarung pelindung ini boleh terus digunakan tanpa perlu sebarang tetapan manual. Lebih istimewanya, ia didatangkan dengan butang fizikal tambahan iaitu butang kuasa, butang dedikasi kamera, dan juga butang zum.

Sekiranya peranti tidak digunakan di dalam air, sokongan panel lut sinar membolehkan anda untuk menggunakan skrin sentuh seperti biasa.

  • Kesesuaian model: HUAWEI P40 / HUAWEI P40 Pro / HUAWEI P40 Pro+ / HUAWEI Mate 30 Pro

3. HUAWEI Wireless Charging Case

Memandangkan model HUAWEI P40 tidak menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar, HUAWEI Wireless Charging Case telah diperkenalkan untuk model ini.

Berbeza dengan sarung yang sama untuk model HUAWEI P30 yang diperkenalkan tahun lepas, HUAWEI Wireless Charging Case untuk P40 telah diperbaharui dengan sentuhan seperti percikan cat. Terdapat dua warna ditawarkan iaitu biru muda dan juga biru gelap.

Apabila menggunakan sarung ini, HUAWEI P40 anda boleh dicas dengan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar mencecah sehingga 22.5W. Bahkan proses pengecasannya juga lebih terjamin dengan pengiktirafan daripada TÜV Rheinland.

  • Kesesuaian model: HUAWEI P40

4. HUAWEI Glamorous Case

Melalui kolaborasi HUAWEI dengan jenama Swarovski yang sememangnya terkenal dengan produk kristal berkualiti tinggi, siri HUAWEI P40 telah menerima aksesori sarung pelindung elegan iaitu HUAWEI Glamorous Case.

Didatangkan dalam kotak pembungkusan mewah yang elegan, sarung pelindung ini menampilkan permukaan dengan sentuhan batu kristal berkilauan yang menggabungkan warna putih dan merah jambu.

  • Kesesuaian model: HUAWEI P40 Pro

5. HUAWEI Smart View Flip Cover

Sekiranya anda inginkan perlindungan yang lebih menyeluruh, siri HUAWEI P40 turut didatangkan dengan sarung pelindung jenis HUAWEI Smart View Flip Cover.

Dua pertiga daripada penutup skrin sarung pelindung ini tampil dengan permukaan separa lut sinar yang boleh memaparkan paparan Always-On-Display.

Selain memudahkan anda untuk memeriksa mesej atau notifikasi, permukaan panel tahan calar ini juga turut menyokong fungsi leretan untuk kawalan muzik atau menjawab panggilan.

Bagi memastikan penjimatan bateri, teknologi pengesanan magnetik pintar membolehkan paparan skrin dihidupkan atau dimatikan secara automatik apabila penutup dibuka atau ditutup.

  • Kesesuaian model: HUAWEI P40 / HUAWEI P40 Pro

6. HUAWEI Silicone Case

Diperbuat daripada getah silikon cecair yang baharu dan juga sentuhan mikrofiber pada rekaan bahagian dalam, HUAWEI Silicone Case menjanjikan rasa sentuhan yang sangat istimewa dan selesa.

Untuk model HUAWEI P40 dan P40 Pro, ia didatangkan dalam enam warna pilihan yang menarik iaitu hitam, biru, merah jambu, jingga, putih dan juga coklat lembut. Manakala HUAWEI P40 Pro+ pula tersedia dalam tiga warna asas iaitu hitam, biru dan putih.

  • Kesesuaian model: HUAWEI P40 / HUAWEI P40 Pro / HUAWEI P40 Pro+

7. HUAWEI PU Case

Diperbuat daripada PU berkualiti tinggi dengan sentuhan logo emas berkilat, HUAWEI PU Case menampilkan rekaan yang premium dan elegan. Malah rekaan belakangnya yang memiliki tekstur, ia turut menjanjikan rasa genggaman yang lebih baik.

Rekaan penjuru yang timbul turut menjanjikan perlindungan skrin yang lebih baik. Ia juga secara tidak langsung memastikan pegangan yang lebih selesa ketika anda bermain game.

  • Kesesuaian model: HUAWEI P40 / HUAWEI P40 Pro / HUAWEI P40 Pro+

8. HUAWEI Clear Case

HUAWEI Clear Case diperbuat daripada PC berkualiti tinggi yang menjanjikan rekaan nipis, dengan tahap kejelasan yang sangat tinggi bagi menyerlahkan rekaan sebenar siri HUAWEI P40.

Sarung pelindung ini turut menyokong permukaan penjuru yang timbul bagi memberi perlindungan terbaik untuk skrin. Jika diperhatikan, bahagian butang laras suara dan butang kuasa pada sarung pelindung ini juga dibiarkan terdedah untuk memberikan rasa klik yang asal.

  • Kesesuaian model: HUAWEI P40 / HUAWEI P40 Pro

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend