Gambar Stesen Kereta Api Bawah Tanah Yang Cantik Ini Diambil Menggunakan Lensa Kamera Khas Comments Off on Gambar Stesen Kereta Api Bawah Tanah Yang Cantik Ini Diambil Menggunakan Lensa Kamera Khas

Pada waktu ini membuat perjalanan ke luar negara adalah dilarang dan semua orang dikehendaki berada di rumah bagi mengelakkan jangkitan virus berbahaya daripada terus merebak. Ketika artikel ini ditulis COVID-19 telah menjangkiti lebih 1.8 juta orang di seluruh dunia dengan 114,293 angka korban.

Kini, banyak negara telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi di Sweden tiada perintah berkurung atau pergerakan dilakukan kerana rakyat negara itu hanya diminta untuk menjaga jarak sosial selain melarang mereka melawat rumah ibu bapa, saudara, atau berkumpul lebih daripada 50 orang.

Hal ini membuatkan orang ramai bebas melakukan aktiviti harian termasuklah David Altrath, seorang jurugambar profesional yang menghabiskan masanya mengambil gambar di stesen kereta api bawah tanah Stockholm pada ketika orang ramai sedang nyenyak tidur.

Menurut David, beliau memerlukan masa yang lama untuk mengambil foto di stesen tersebut. Peralatan kamera biasa sahaja tidak mencukupi membuatkan beliau perlu menggunakan lensa kamera khas untuk menangkap gambar. Difahamkan, lensa kameranya adalah jenis Tilf-Shift yang boleh dilaras tanpa perlu menggerakkan kamera.

Hasilnya, David berjaya mendapatkan gambar betindih tanpa kelibat seorang pun manusia. Gambar-gambar itu seterusnya disunting di Photoshop bagi menghasilkan satu gambar panorama yang sempurna.

Sejak pembinaan stesen kereta api ini bermula pada 1950, kira-kira 250 artis telah menghiasi 94 stesen di sepanjang lebih kurang 110 kilometer landasan. Jika anda perasan, stesen ini tidak mempunyai infrastruktur moden seperti stesen MRT di negara kita. Tanpa hasil seni yang dilakukan, dinding dan siling batu ini mungkin kelihatan seperti sebuah gua.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend