Gambar, Spesifikasi Dan Harga Jualan Sony Xperia XZ3 Tertiris Di Internet Comments Off on Gambar, Spesifikasi Dan Harga Jualan Sony Xperia XZ3 Tertiris Di Internet

Pada minggu lepas kami telahpun berkongsi berita pelancaran Sony Xperia XZ3 yang didakwa akan diperkenalkan buat pertama kalinya dalam acara IFA pada 30 Ogos 2018. Walaupun masih berbaki lebih sebulan dari tarikh pelancaran rasminya, ada pihak yang telah berjaya mendedahkan pelbagai maklumat berkaitan Sony Xperia XZ3 termasuklah gambar, spesifikasi dan juga harga jualannya.

Berdasarkan pendedahan itu, Sony Xperia XZ3 akan menyokong paparan skrin 5.7 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel), dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, memori dalaman 64GB, RAM berkapasiti 6GB, dilengkapi slot kad microSD, hadir dengan kamera utama dwi lensa beresolusi 19 Megapiksel + 12 Megapiksel, kamera utama 13 Megapiksel, dan juga bateri berkapasiti 3240 mAh.

Pendedahan maklumat yang diperolehi dari laman MobileFun.co.uk ini turut menyaksikan Sony Xperia XZ3 akan dijual pada harga USD994.97 (kira-kira RM4,699). Walau bagaimanapun ingin diingatkan bahawa harga jualan untuk pasaran di United Kingdom sememangnya lebih mahal jika dibandingkan dengan pasaran global yang lain.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend