Gambar Sebenar Xiaomi Pocophone F1 Mula Tertiris – Sokong Sistem Penyejukan Cecair Dan Qualcomm Snapdragon 845 Comments Off on Gambar Sebenar Xiaomi Pocophone F1 Mula Tertiris – Sokong Sistem Penyejukan Cecair Dan Qualcomm Snapdragon 845

Sebelum ini berita ketirisan mengenai kehadiran peranti mampu milik Xiaomi dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 iaitu Xiaomi Pocophone F1 untuk pasaran di Eropah telah mula tersebar. Namun begitu sebelum ini hanya spesifikasi dan beberapa fungsi tentang peranti itu berjaya diperolehi, manakala rekaannya masih kekal misteri.

Nampaknya baru-baru ini ada pihak di PCGarage telah mula mendedahkan gambar sebenar Xiaomi Pocophone F1, lengkap dengan imej bahagian belakang kotak pembungkusan model itu. Melalui ketirisan gambar tersebut, beberapa spesifikasi asasnya telah berjaya disahkan seperti berikut:

  • Dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845
  • Dilengkapi sistem penyejukan cecair
  • Sokongan dwi kamera 20 Megapiksel dengan keupayaan AI
  • Fungsi Face Unlock dengan bantuan Inframerah
  • Bateri berkapasiti 4000 mAh dengan sokongan Quick Charge 3.0
  • Sokong port USB Type-C
  • Hadir dengan memori 64GB + RAM 6GB

Dari penampilan fizikalnya, Xiaomi Pocophone F1 membawakan rekaan panel hadapan yang mirip seperti model Xiaomi Mi 8 SE dengan sokongan rekaan skrin bertakuk yang agak besar. Manakala panel belakangnya pula menawarkan sokongan dwi kamera dan juga sensor pengimbas cap jari dengan rekaan menegak.

Memandangkan panel belakangnya hadir dengan penggunaan kemasan logam, Xiaomi Pocophone F1 disahkan tidak menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar. Malah sokongan bateri dengan kapasiti agak besar yang turut dilengkapi dengan ciri sistem penyejukan cecair, kerangka peranti ini dilihat agak tebal.

Buat masa ini masih belum dapat disahkan bila Xiaomi Pocophone F1 akan dilancarkan dan harganya juga kini masih kekal misteri.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend