Gambar Sebenar Xiaomi Mi 10 Pro 5G Dengan Kuad Kamera 108MP Dan Pengecas 65W Tertiris Comments Off on Gambar Sebenar Xiaomi Mi 10 Pro 5G Dengan Kuad Kamera 108MP Dan Pengecas 65W Tertiris

Dijangka akan dilancarkan pada 11 Februari 2020 nanti, Xiaomi akan memperkenalkan telefon pintar mercunya iaitu Mi Note 10 dan juga Mi Note 10 Pro 5G di China.

Menariknya hari ini ada pengguna di Weibo telah mula mendedahkan rekaan sebenar sebuah peranti berwarna biru yang dipercayai model Mi 10 Pro 5G. Berdasarkan gambar tersebut, panel depan Mi 10 Pro 5G jelas memperlihatkan sokongan lubang kamera depan dalam skrin, dan juga rekaan skrin melengkung yang mirip seperti siri Mi Note 10.

Panel belakang Mi 10 Pro 5G pula menampilkan rekaan kaca melengkung pada kedua-dua sisinya. Malah rekaan kameranya juga mirip seperti Mi Note 10, tetapi hanya dilengkapi dengan kuad kamera beresolusi 108MP.

Apa yang istimewanya, Mi 10 Pro 5G yang hadir dengan nombor model M2001J1C ini turut menyokong speaker stereo dengan kehadiran lubang gril kedua pada bahagian atas kerangkanya. Bahagian itu turut menempatkan sensor inframerah untuk fungsi kawalan jauh.

Mi 10 Pro 5G juga dikatakan akan turut menyokong teknologi pengecasan pantas dengan sokongan output maksimum mencecah sehingga 65W. Menurut khabar angin, peranti ini akan menyokong bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan tanpa wayar pantas.

Seperti laporan sebelum ini, Mi 10 Pro 5G dikatakan akan menyokong kuad kamera beresolusi 108MP + 48MP + 12MP + 8MP, dikuasakan dengan Snapdragon 865, dan akan ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu 12GB + 128GB, 12GB + 256GB dan juga 12GB + 512GB.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend