Gambar Sebenar Vivo V19 Tertiris, Sokong Vivo Flash Charge 33W Dan Dwi Kamera Depan ‘Super Wide’ Comments Off on Gambar Sebenar Vivo V19 Tertiris, Sokong Vivo Flash Charge 33W Dan Dwi Kamera Depan ‘Super Wide’

Sejak awal bulan Mac yang lepas, Vivo Malaysia telahpun mula mengacah tentang kemunculan model terbaharunya iaitu Vivo V19 untuk pasaran tempatan. Namun sehingga kini tarikh pelancarannya masih lagi belum diumumkan.

Menariknya baru-baru ini beberapa keping gambar sebenar Vivo V19 telah mula dikongsikan di Twitter oleh pengguna dengan nama @PerfectPps. Berdasarkan gambar tersebut, Vivo V19 akan menyokong rekaan dwi kamera dengan rekaan gelung berwarna silver yang terletak pada bahagian atas kanan skrin.

Gambar itu turut mendedahkan rekaan kuad kamera 48MP pada Vivo V19 yang menampilkan sentuhan panel belakang dalam warna kelabu. Selain itu, di dalam gambar itu juga jelas mendedahkan rekaan kotak Vivo V19 yang tampil dalam warna hitam.

Sebelum ini, Vivo Malaysia turut mengesahkan bahawa Vivo V19 akan menyokong dwi kamera depan dengan sokongan sudut lebar mencecah sehingga 105 darjah.

Menariknya Vivo Malaysia telah mendedahkan sokongan teknologi pengecasan pantas Vivo FlashCharge 2.0 dengan output maksimum mencecah sehingga 33W untuk Vivo V19.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend