Gambar Sebenar Samsung Galaxy S10 Dengan Warna Prism White Tertiris Comments Off on Gambar Sebenar Samsung Galaxy S10 Dengan Warna Prism White Tertiris 534

Sebelum ini kami ada bawakan artikel mengenai spesifikasi penuh untuk ketiga-tiga model Samsung Galaxy S10. Ia telah bocor sebelum pelancaran rasminya pada minggu hadapan. Bagaimanapun hari ini melalui laman twitter kaki tiris @ishanagarwal24, lelaki ini telah berkongsi imej sebenar Galaxy S10 dengan warna Prism White.

Ini menjadikan imej sebenar yang diperlihatkan adalah sama seperti imej pengolokan yang pernah dikongsinya beberapa jam sebelum itu. Imej pengolokan ini turut menunjukkan warna Luxurious Ceramic White pada Galaxy S10+ (12GB + 1TB).

Selepas beberapa jam, kaki tiris ini juga telah memuat naik tweet yang menunjukkan kesemua warna yang akan hadir pada Galaxy S10e. Terdapat lima pilihan warna yang diperolokan iaitu Canary Yellow, Prism Green, Prism Blue, Prism White dan Prism Black. Kami juga tidak tahu mengapa warna Prism Blue telah dimasukkan sekali yang mana sebelum ini maklumat hanya mendedahkan empat warna sahaja.

Jadi, adakah benar apa yang tertiris ini kita tunggu sahaja sehingga pelancaran rasmi peranti ini di pentas Samsung Unpacked pada 21 Februari 2019 di Amerika Syarikat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend