GAMBAR SEBENAR Samsung Galaxy S10 Dan Galaxy S10 Plus Kini Diperlihatkan Comments Off on GAMBAR SEBENAR Samsung Galaxy S10 Dan Galaxy S10 Plus Kini Diperlihatkan

Samsung bakal melancarkan siri Galaxy S generasinya yang ke-10 secara rasmi pada 20 Februari nanti di San Francisco, tetapi sejak tahun lepas lagi ketirisan maklumat dan imej siri Samsung Galaxy S10 telah dikongsikan di Internet.

Hari ini secara eksklusif, blog popular dari Jerman iaitu AllAboutSamsung telah mendedahkan rekaan sebenar Samsung Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus kepada umum. Berbeza dengan ketirisan imej pengolokan (rendering) sebelum ini, penulis blog ini telah berjaya berkongsi imej gambar sebenar kedua-dua model tersebut.

Berdasarkan perkongsian imej itu, Samsung Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus hadir dengan panel skrin Super AMOLED yang sedikit melengkung pada kedua-dua sisinya, sama seperti generasi sebelumnya. Walaupun hadir dengan rekaan skrin tanpa takuk, saiz bezel yang disokongnya jauh lebih nipis berbanding siri Galaxy S9. Bahkan ia juga dilihat telah dioperasikan dengan antaramuka baharu Samsung One UI.

Pendekatan yang digunakan pada Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus juga kini berbeza kerana kedua-dua varian ini dilihat hadir dengan sokongan tiga kamera yang disusun secara melintang. Selain itu, kedua-duanya juga masih mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm, port USB-C dan juga speaker pada bahagian bawah kerangkanya.

Menurut blog itu, Samsung Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus yang diterimanya itu merupakan unit prototaip, dan akan cuba berkongsi lebih banyak gambar sebelum model ini dilancarkan secara rasmi pada 20 Februari nanti.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend