Gambar Sebenar Panel Skrin HUAWEI Mate 30 Pro Mengesahkan Rekaan Takuk Dan Lengkungan Skrin Comments Off on Gambar Sebenar Panel Skrin HUAWEI Mate 30 Pro Mengesahkan Rekaan Takuk Dan Lengkungan Skrin 397

Baru sahaja kami berkongsi ketirisan gambar pelindung skrin yang dipercayai milik model HUAWEI Mate 30 Pro, dan ternyata berita boleh disahkan benar apabila ada pengguna di Weibo telah memuat naik beberapa keping gambar yang memperlihatkan rekaan sebenar panel skrin peranti itu.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, Mate 30 Pro jelas memperlihatkan panel skrin yang sangat melengkung pada bahagian sisinya. Bahagian sisi kiri dan kanan yang melengkung itu juga hadir dengan saiz bezel yang nipis, dan ini mungkin menyukarkan pengguna untuk memegang peranti ini tanpa menyentuh skrin. Melainkan HUAWEI akan menawarkan sokongan teknologi palm-rejection pada peranti ini.

HUAWEI Mate 20 Pro hadir dengan sokongan teknologi pengecaman wajah menggunakan imbasan 3D.

Malah melalui gambar itu juga ia jelas menyaksikan rekaan takuk yang agak besar tetapi dikatakan sedikit lebih kecil berbanding Mate 20 Pro. Bahkan anda juga dapat melihat penyediaan lima lubang pada takuk yang akan menempatkan pelbagai sensor untuk pengecaman wajah menggunakan kamera Inframerah (IR).

sumber

Baca juga:

Ketirisan Pelindung Skrin HUAWEI Mate 30 Pro Memperlihatkan Rekaan Skrin Yang Lebih Melengkung

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend