Gambar Sebenar Huawei P30 Dengan Sokongan Tiga Kamera Kini Tertiris Comments Off on Gambar Sebenar Huawei P30 Dengan Sokongan Tiga Kamera Kini Tertiris 471

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac nanti, pelbagai ketirisan tentang siri Huawei P30 telah dikongsikan sebelum ini. Terbaru laman DigitalTrends secara eksklusif telah mendedahkan rekaan model Huawei P30 yang dipercayai merupakan unit prototaip yang dilaporkan hampir mencapai peringkat akhir pembuatannya.

Melalui perkongsian gambar itu, jelas dapat dilihat bahawa Huawei P30 tersedia dengan tiga buah kamera yang disusun secara menegak pada panel kaca yang melengkung pada kedua-dua sisinya. Berbeza dengan rekaan tiga kamera pada Huawei P20 Pro, ketiga-tiga lensa LEICA pada Huawei P30 tidak dipisahkan. Manakala LED flash dan juga sensor kamera telah diasingkan bersebelahan dengan tiga kameranya.

Sebagaimana peranti mercu keluaran Huawei sebelum ini, Huawei P30 turut mengekalkan rekaan ikonik pada butang kuasanya yang hadir dalam kemasan berwarna merah. Di bahagian atasnya pula tersedia dengan butang kawalan suara yang hadir dengan kemasan warna krom sama seperti warna kerangka peranti ini.

Pada bahagian bawah pula, Huawei P30 mengekalkan rekaan yang sama seperti siri Huawei P20 dengan menempatkan port USB Type-C, lubang mikrofon, dan juga lubang speaker pada sebelah kanan. Namun begitu, gambar sebenar untuk rekaan panel skrin Huawei P30 ini tidak pula dikongsikan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend