Gambar Sebenar Dan Skor Benchmark Xiaomi Black Shark 2 Kini Didedahkan Comments Off on Gambar Sebenar Dan Skor Benchmark Xiaomi Black Shark 2 Kini Didedahkan

Penghujung September yang lalu, rekaan Xiaomi Black Shark 2 telah berjaya didedahkan melalui laman rasmi TENAA di China. Bahkan pada minggu lepas juga sebuah video pendek turut tertiris di Internet yang memperlihatkan sokongan efek lampu RGB pada kerangkanya. Namun begitu, agak sukar untuk kita melihat rekaan sebenar Xiaomi Black Shark 2 pada video tersebut kerana ia kelihatan agak gelap dan kabur.

Apa yang menariknya, semalam gambar sebenar rekaan Xiaomi Black Shark 2 yang lebih jelas telah dikongsikan oleh salah seorang pengguna di forum Black Shark di China. Melalui ketirisan imej tersebut, jelas dapat dilihat bahawa Black Shark 2 dilihat masih mengekalkan skrin tanpa sokongan takuk, Manakala panel belakangnya pula memperlihatkan rekaan dwi kamera menegak dengan permukaan yang berkilat.

Tidak cukup dengan itu, skor ujian benchmark yang dibuat oleh Xiaomi Black Shark 2 juga telah tersenarai di dalam pangkalan data Geekbench. Memandangkan ia masih mengekalkan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 serta RAM berkapasiti 8GB, keputusan yang dicatatkan tidak jauh berbeza dengan generasi pertamanya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend