Gambar Rasmi Peranti Serta Kotak, Spesifikasi Dan Tarikh Pelancaran Xiaomi Mi A3 Mula Tertiris Comments Off on Gambar Rasmi Peranti Serta Kotak, Spesifikasi Dan Tarikh Pelancaran Xiaomi Mi A3 Mula Tertiris 361

Akhirnya segala persoalan tentang kewujudan model Xiaomi Mi A3 semakin jelas apabila pelbagai ketirisan tentang peranti ini sudah mula tertiris di Internet. Berdasarkan pendedahan yang dibuat, Xiaomi Mi A3 merupakan peranti global yang dijelmakan semula daripada model Xiaomi Mi CC9e yang baru sahaja dilancarkan di China.

Menariknya melalui perkongsian daripada portal winfuture, imej rasmi Mi A3 telah berjaya didedahkan dan ia jelas menyaksikan rekaan fizikal yang sama seperti model Mi CC9e. Ini dapat dilihat melalui rekaan takuk kecil untuk menempatkan kamera depan, dan juga penyediaan tiga kamera utama dengan susunan menegak.

Malah ia juga dikatakan akan hadir dengan sokongan paparan skrin Super AMOLED berukuran 6.08 inci dengan resolusi FHD+ (2240 x 1080 piksel), sensor pengimbas cap jari dalam skrin, kamera depan 32MP, dan juga tiga kamera utama beresolusi 48MP (f/1.79) + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth sensor).

Melalui ketirisan kotak pembungkusan rasmi Mi A3 yang berjaya didedahkan, Mi A3 juga disahkan akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 665, dioperasikan dengan platform Android One yang menjanjikan antaramuka Android asli, dan juga memiliki bateri berkapasiti 4030 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Xiaomi Mi A3 juga telah dilaporkan akan mula dilancarkan secara rasmi di Warsaw, Poland, pada 25 Julai 2019 nanti.

sumber

Baca juga:

Xiaomi Mi CC9, CC9e Dan CC9 Meitu Custom Edition Kini Rasmi Dengan Sokongan Tiga Kamera Dan Panel Super AMOLED

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend