Gambar Pertama Apple Store Thailand Muncul di Internet 0 407

Selepas Apple membuka Apple Store di Orchard Road, Singapura pada bulan Mei 2017, pengeluar kedua terbesar dunia ini juga akan membuka bilik pameran terbaru mereka di Thailand pada 10 November (esok) di pusat membeli-belah Iconsiam.

Terbaru, telah tersebar di internet ialah gambar pertama Apple Store di sana yang dibangunkan di dalam sebuah bangunan besar dan dibina berkonsepkan alam semula jadi seperti di Apple Store San Francisco. Melalui gambar, ruang pameran juga direka luas untuk menampung para pengunjung di negara itu.

Dinding depan yang dibina dengan gelas besar membolehkan para pengunjung Apple Store menikmati pemandangan Sg. Chao Praya yang menjadi tarikan di negara itu. Bagi anda yang berada di Thailand sekarang ini, anda mungkin boleh mengunjunginya bermula esok.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend