Gambar Pengasas HUAWEI Dengan iPad Di Lapangan Terbang Mula Tersebar Comments Off on Gambar Pengasas HUAWEI Dengan iPad Di Lapangan Terbang Mula Tersebar 294

Ren Zhengfei selaku CEO HUAWEI dan juga pengasas syarikat baru-baru ini dilihat membawa iPad semasa pemeriksaan kastam di sebuah Lapangan Terbang.

Gambar yang tersebar menunjukkan Ren sedang mengeluarkan barang peribadinya dari sebuah beg di depan pemeriksa yang sedang bertugas. Salah satu barang yang jelas dilihat ialah sebuah iPad berwarna Silver.

Perkara ini tidak mengejutkan kerana sebelum ini beliau pernah memberitahu bahawa dirinya sangat sukakan Apple, malah anak perempuannya, Meng Wanzhou juga pernah membawa iPhone 7, iPad Pro, dan MacBook Air ketika ditahan di Kanada pada hujung tahun lalu.

“Anak saya lebih suka produk Apple berbanding HUAWEI. iPhone memiliki ekosistem yang baik dan apabila mereka berada di luar negara, saya masih belikan mereka iPhone. Ini tidak bermakna mereka tidak suka pada HUAWEI.” kata Ren kepada media China beberapa bulan lalu.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend