Gambar Nokia 9 Dengan Lima Kamera Mula Tersebar Comments Off on Gambar Nokia 9 Dengan Lima Kamera Mula Tersebar

Khabar angin mengatakan HMD Global bakal mengadakan majlis pelancaran peranti terbaharu mereka tidak lama lagi. Pelancaran ini mungkin akan menyaksikan peranti istimewa dipercayai Nokia 9. Kini, mula tersebar gambar Nokia 9 dengan lima kamera di arena sesawang.

Melalui gambar yang tertiris tidak banyak yang kita dapat lihat melainkan modul kamera dengan tujuh bulatan. Sebanyak lima lensa kamera ZEISS, satu LED flash dan satu sensor infra-merah telah diletakkan bersama. Selain daripada itu rekaan tubuh badan Nokia 9 juga lebih bersegi seakan Samsung siri-Note. Untuk perkakasan dalaman, mungkin ia akan menggunakan Snapdragon 845 menjadikan ia peranti kelas induk untuk Nokia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend