Gambar Ini Menyangkal Dakwaan Rekaan Kamera HUAWEI Mate 30 Berbentuk Bulat Comments Off on Gambar Ini Menyangkal Dakwaan Rekaan Kamera HUAWEI Mate 30 Berbentuk Bulat 397

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi HUAWEI akan memperkenalkan telefon pintar mercu kedua mereka untuk tahun ini iaitu siri Mate 30. Sejak kebelakangan ini banyak berita yang kita telah dengar mengenai peranti, antaranya adalah penggunaan cip pemproses Kirin 985, sistem operasi HongMeng OS (mungkin Android Q), sistem pengecasan pantas terbaru, dan sebagainya.

Tetapi apa yang hangat diperkatakan adalah daripada segi rekaannya. Sebelum ini ramai yang mengatakan kamera belakang Mate 30 Pro terutamanya akan menggunakan rekaan berbentuk bulat. Bagaimanapun hari ini dakwaan itu disangkal apabila gambar terbaru telah tertiris menunjukkan HUAWEI tetap mengekalkan rekaan bersegi pada modul kamera belakang Leica mereka.

Gambar yang dipercayai diambil dari barisan pengeluaran turut menunjukkan seorang operator sedang memeriksa (QC) sarung tersebut. Seperti yang kita tahu, HUAWEI sedia menyertakan sarung pelindung percuma di dalam kotak pembelian.

Tidak mustahil HUAWEI akan menggunakan rekaan ini untuk mengekalkan identiti siri Mate itu sendiri. Bahkan untuk menukar rekaannya, HUAWEI perlu menghabiskan lebih banyak masa dalam penyelidikan dan pembangunan terutamanya daripada segi kos lebih-lebih lagi mereka menghadapi pelbagai isu dan konflik sejak sekatan dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

sumber

Baca juga:

Ketirisan Paten Sarung Pelindung Huawei Mate 30 Pro Memberi Klu Sokongan Lima Kamera

HUAWEI Tidak lagi Menerima Sekatan Untuk Berurus Niaga Dengan Syarikat Dari AS – Donald Trump

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend