Gambar Ini Menunjukkan Galaxy S10+ Guna Dwi Kamera Swafoto Comments Off on Gambar Ini Menunjukkan Galaxy S10+ Guna Dwi Kamera Swafoto

Samsung telah menjadualkan acara Galaxy Unpacked pada 20 Januari ini dan peranti yang akan dilancarkan adalah Samsung Galaxy S10 dan S10+. Seperti biasa, gambar menunjukkan peranti akan mula tersebar sebelum ia dirasmikan.

Terkini, gambar yang dipercayai Samsung Galaxy S10+ mula digunakan oleh kakitangan Samsung. Gambar yang ditangkap di dalam sebuah bas yang bergerak dari kilang Samsung ke kampus Suwon telah menunjukkan peranti ini dilengkapi dwi kamera depan.

Reka bentuk yang digunakan pada generasi terbaru siri-S kali ini agak berbeza daripada model-model yang lepas. Ia menggunakan skrin penuh tanpa bezel dengan kamera depan dimuatkan di dalam skrin – seperti Galaxy A8s.

Khabar angin turut memaklumkan berat badan Galaxy S10+ adalah lebih ringan berbanding Galaxy Note 9 – walaupun saiz dimensinya yang lebih kurang sama. Peranti ini juga menyediakan teknologi biometrik yang lebih canggih melalui pengimbas cap jari dalam skrin.

Mengenai spesifikasi dalaman, ia mungkin diperkasakan cip Snapdragon 855 (Exynos 9820 8nm untuk pasaran Asia) dan konfigurasi kamera yang lebih baik – mungkin tiga kamera belakang menjadikan keseluruhan lima kamera.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend