Gambar HUAWEI Mate 30 Pro Sekali Lagi Berjaya Diambil Ketika Sedang Digunakan Di Tempat Awam Comments Off on Gambar HUAWEI Mate 30 Pro Sekali Lagi Berjaya Diambil Ketika Sedang Digunakan Di Tempat Awam 272

Kita mungkin telah sedia maklum bahawa siri HUAWEI Mate 30 akan menampilkan rekaan kamera berbentuk bulat bagi menggantikan rekaan segi empat pada siri Mate 20 sebelum ini. Malah berita itu telah disahkan lagi dengan ketirisan gambar sarung pelindung yang memiliki lubang bulat bagi menempatkan rekaan kamera baharu tersebut.

View this post on Instagram

Mate 30 Pro

A post shared by Ice universe (@ice.universe) on

Melalui gambar terbaru yang mula tertiris di Internet, seorang pengguna dilihat telah berjaya mengambil gambar sebenar HUAWEI Mate 30 Pro di dalam pengangkutan awam di China. Menariknya bagi mengelakkan rekaan sebenar peranti itu dilihat oleh orang ramai, satu sarung pelindung plastik yang tebal telah digunakan.

Namun melalui perkongsian gambar itu, jelas dapat dilihat bahagian sisi skrin yang sangat melengkung padaHUAWEI Mate 30 Pro. Malah ia juga disahkan hadir dengan rekaan bezel yang agak lebar yang jelas memperlihatkan sokongan beberapa kamera dan sensor. Bagi mengelirukan orang awam, sarung pelindung itu dilihat memiliki lubang melintang pada bahagian atas yang mirip seperti lubang untuk kamera.

Rekaan sebenar kamera berbentuk bulat pada Mate 30 Pro itu sebaliknya tersembunyi di sebalik penutup plastik yang boleh dibuka apabila fungsi kamera ingin digunakan oleh penguji peranti tersebut. Bagi melihat peranti ini dengan lebih dekat, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada September 2019 nanti.

sumber

Baca juga:

Siri HUAWEI Mate 30 Dipercayai Akan Menyokong Pengecasan Tanpa Wayar Pantas Berkelajuan 25W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend