Gambar Galaxy Note 9 Tertiris Memperlihatkan Rekaan Kamera Belakang Comments Off on Gambar Galaxy Note 9 Tertiris Memperlihatkan Rekaan Kamera Belakang

Samsung dijadualkan akan memperkenalkan siri Galaxy Note tidak lama lagi iaitu sekitar bulan September ini. Terkini, tersebar di arena sesawang menunjukkan gambar sebuah telefon pintar diletakkan di atas meja dikenal pasti sebagai Galaxy Note9.

Apa yang kita boleh lihat pada dua gambar ini ialah skrin paparan mempamerkan info mengenai model telefon (SM-N960U) dan satu lagi gambar iaitu modul kamera menerusi panel belakang peranti. Pengimbas cap jari juga dilihat telah diletakkan di sebelah bawah bahagian kamera berbanding bersebelahan pada Galaxy Note8.

Daripada segi pemerhatian kami, sensor kamera di sebelah kiri mungkin menyokong zum optikal sehingga 5-kali berdasarkan kanta sensor yang tebal. Kamera utama di tengah-tengah pula mungkin akan menyokong aperture yang lebih rendah atau boleh-laras seperti Galaxy S9 berikutan ruang antara gelung dan lensa yang kelihatan tebal – berfungsi untuk memberi ruang kepada lensa aperture buka dan tutup. Disamping itu, terdapat LED flash dan sensor kadar degupan jantung.

Bagaimanapun, bagi peminat siri Galaxy Note, adakah perubahan minimal ini antara yang anda idamkan?

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend