Gambar Dan Harga Jualan Xiaomi Mi 6X Hatsune Miku Edition Tertiris Di Internet Comments Off on Gambar Dan Harga Jualan Xiaomi Mi 6X Hatsune Miku Edition Tertiris Di Internet

Xiaomi baru-baru ini telah mendedahkan bahawa mereka bakal melancarkan model terbaru pada minggu ini dan ia dilaporkan bakal tampil dengan model Xiaomi Mi 6X Hatsune Miku Edition. Perkara ini nampaknya telah disahkan lagi oleh ketirisan berita terbaru yang memperlihatkan kemunculan gambar dan juga harga jualan untuk model tersebut.

Pelancaran edisi istimewa Hatsune Miku ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini Xiaomi pernah memperkenalkan edisi tersebut dengan model Redmi Note 4X. Walaupun masih mengekalkan tema warna hijau lembut sama seperti sebelum ini, Mi 6X Hatsune Miku Edition dilihat lebih menonjol kerana bahagian panel belakangnya turut menerima cetakan lukisan yang diinspirasikan dari karakter popular itu.

Xiaomi Mi 6X Hatsune Miku Edition dipercayai akan diperkenalkan dalam satu varian sahaja iaitu 64GB + RAM 6GB dan akan dijual pada harga CNY2,099 (kira-kira RM1,282). Sebagaimana generasi sebelum ini, Mi 6X Hatsune Miku Edition juga mungkin akan turut menyokong tema antaramuka, aksesori dan juga kotak pembungkusan yang eksklusif.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend