‘Galaxy’ Terbesar Dibuka Di Tokyo 1 171

Samsung baru sahaja melancarkan bilik pameran terbesar Galaxy mereka di Tokyo – dinamakan Galaxy Harajuku. Ia merupakan kedai Galaxy terbesar di atas muka bumi dan dibuka bersempena Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung 500 hari dari sekarang.

Galaxy Harajuku dibina di atas bangunan lapan tingkat dan di dinding luar premis ini terdapat 1,000 unit telefon pintar Samsung ditampal bagi menerangkan keseluruhan bangunan. Setiap peranti dinyalakan mengikut turutan bagi mencipta pelbagai corak cahaya.

Untuk pengetahuan anda, Samsung merupakan rakan penganjur dalam kategori peralatan komunikasi tanpa wayar untuk sukan berprestij dunia, Olimpik 2020 Tokyo nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend